Wednesday, January 2, 2019
SAMBAL SIAKAP DAUN KUNYIT...
SAMBAL SIAKAP DAUN KUNYIT
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap ~ cuci bersih, toskan, kelar-kelar sikit, lumur dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
4 biji limau kasturi ~ perahkan jusnya
1 biji tomato ~ didadu (saya tambah)
2 senduk nasi cili kisar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan Kisar :
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Sedikit hirisan lengkuas
Cara Memasak :
1. Ikan siakap digoreng garing. Angkat dan toskan. Letakkan ikan di dalam piring/pinggan bersesuaian.
2. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga berbau harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa, masukkan tomato, gaul rata dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi.
4. Masak sekejap, tambahkan hirisan daun kunyit, kacau rata dan sesuaikan rasa, jika 'ok' bolehlah dimatikan api.
5. Tuangkan kuah sambal di atas permukaan ikan siakap yang telah digoreng tadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment