Saturday, January 26, 2019
RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN MUDAN & SEDAP...
RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
sumber : www.rasa.my...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
Bahan Kisar :
15-20 biji cili api
2 batang serai
5-6 cm kunyit hidup
Sedikit lengkuas
Bahan Lain :
1 kotak santan (200 ml)
Kerisik secukupnya (optional)
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 batang serai ~ dititik
Daun kunyit ~ jumlah ikut citarasa
Daun limau purut ~ jumlah ikut citarasa
Cara Memasak :
1. Masukkan ayam bersama bahan kisar dan serai titik. Masak sehingga ayam kecut. Ia bertujuan untuk keluarkan air ayam serta masak cili. Tidak perlu letak minyak masak.
2. Bila ayam dah kering, masukkan sedikit air dan santan.
3. Biarkan mendidih dan bolehlah dimasukkan asam gelugor serta garam secukup rasa.
4. Bila kuah dah agak kering, masukkan kerisik.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang dihiris halus.
6. Teruskan masak sehingga pecah minyak. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment