Saturday, January 12, 2019
SAMBAL TEMPE TAUHU...
SAMBAL TEMPE TAUHU
sumber : karangkraf.com
Bahan-Bahan :
2 paket tempe ~ potong/hiris
3 ketul tauhu ~ potong/hiris
2 sudu besar cili giling
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih * ( * hiris/tumbuk )
4 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu besar gula
1/2 inci belacan
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. Setelah itu angkat dan toskan minyak.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan belacan, kacau hingga naik baunya.
3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau hingga sedikit pekat.
4. Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment