KEK PISANG

Tuesday, January 29, 2019

KUIH BINGKA UBI...








KUIH BINGKA UBI
sumber :    Azlita Masam Manis & Kak Ann Periuk Tanah...
  



Bahan-Bahan :

4  cawan  ubi kayu siap diparut
2  cawan  santan pekat daripada 1 biji kelapa
1  cawan  gula pasir  (saya lebihkan sedikit)
1/2  sudu teh  garam
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, api atas dan bawah.  Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci (atau 6x6 inci  ~  bingka agak tebal).  Gaul rata sehingga gula hancur dan santan sekata.  Ratakan.  (* kalau guna loyang 8x8 pun ok).

2.  Masukkan loyang ke dalam oven dan letakkan di rak paling bawah.  Bakar bingka selama 1 jam ~ 1 1/2 jam atau sehingga bahagian atas bingka keperangan.  Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

TIPS :   
1.  Jangan tambah atau kurangkan tapi ikut resipi betul-betul untuk dapatkan kuih yang lembut dan lemak.

2.  Loyang tidak perlu di lengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.




No comments:

Post a Comment