RESIPI KEK PISANG
sumber : tiffinbiru...
Bahan-Bahan :
5 biji pisang emas
1/2 cawan gula kastor (resipi asal guna 1 cawan)
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
4 biji telur gred A
1 sudu besar susu segar (boleh ganti dengan air)
Beberapa titik esen pisang (resipi asal guna esen vanilla dalam 1/2 sudu teh)
1 1/2 cawan tepung gandum *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
1/2 sudu teh baking powder *
Secubit garam halus * ( * disatukan, gaul rata & diayak )
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C, lenser tin kek berukuran 4"x 8" x 3" dengan mentega atau minyak masak, alas dasar tin dengan kertas minyak (boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci). Pisang emas dilecek sehingga hancur dan ketepikan.
2. Putar minyak masak, gula kastor dan telur sehingga berkrim (anggaran 4-5 minit). Masukkan pisang lecek dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, putar sebati. Matikan mixer, tambahkan esen pisang dan susu segar, gaul dengan spatula sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam tin kek dan bakar dalam oven selama 55 minit sehingga 1 jam atau bila dicucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate keluarnya bersih, bermakna kek telah cukup masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan bolehlah dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment