Sunday, January 13, 2019
SAMBAL GORENG BUNGA KANTAN IKAN SARDIN...
SAMBAL GORENG BUNGA KANTAN
IKAN SARDIN
sumber : Majalah RASA Disember 2018
Bahan-Bahan :
500 gm ikan sardin ~ potong dua atau tiga, bersihkan & tos
2 kuntum bunga kantan ~ hiris
6 ulas bawang merah ~ hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya ~ untuk menggoreng & menumis
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
Cara Memasak :
1. Gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, setelah panas masukkan ikan. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah bersama bahan kisar hingga wangi dan garing.
5. Masukkan air asam jawa dan perasakan tumisan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan goreng tadi, gaul rata.
7. Seterusnya taburkan hirisan bunga kantan, gaul rata. Tutup api.
8. Sambal ikan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment