KEK PISANG

Tuesday, January 29, 2019

SAYUR BAYAM TUMIS AIR & KELEDEK...








SAYUR BAYAM TUMIS
AIR & KELEDEK





Bahan-Bahan :

1  ikat  sayur bayam hijau  ~  dipotong
1  biji  keledek sederhana  ~  kupas kulit & potong
1  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  ulas  bawang merah  ~  dihiris
2  sudu makan  ikan bilis
1  tangkai  cili merah  ~  dihiris
Serbuk perasa ikan bilis secukupnya
Minyam masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk.  Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2.  Masukkan keledek dan air secukupnya.  Biarkan mendidih dan keledek setengah empuk.
3.  Selepas itu masukkan sayur bayam, serbuk perasa ikan bilis dan garam secukup rasa.
4.  Masak sehingga sayur bayam layu sedikit dan keledek empuk.
5.  Angkat dan sedia dihidangkan.



No comments:

Post a Comment