KEK BETIK @ PAPAYA CAKE
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
80 gm mentega
1 biji telur gred A ~ pukul sedikit
170 gm betik yang masak ranum *
3 sudu besar susu segar * ( * dikisar halus )
150 gm gula perang@soft brown sugar
180 gm tepung gandum *
1 1/4 sudu teh baking powder *
1/4 sudu teh garam halus * ( * disatukan & diayak )
2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
1/3 cawan kismis
Badam cincang ~ untuk hiasan
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh juga guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula perang sehingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar sehingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul sehingga rata.
3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam tin yang telah disiapkan, taburkan dengan badam cincang rata-rata dan bakar selama 45 minit sehingga 50 minit, bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan di atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment