PUDING SERIAYU
sumber : Insta/resepisedap
saiz hidangan : 35 biji
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka manis)
4 cawan air
4 sudu besar tepung kastad/tepung jagung ~ dibancuh dulu dengan sedikit air
1 tin susu cair @ 1 kotak santan KARA 200 ml + 1 cawan air, jadikan 2 cawan santan
3 helai daun pandan ~ disimpul
Secubit garam
Pewarna hijau/ikut suka
Cara-Cara :
1. Masukkan air dengan serbuk agar-agar di dalam periuk. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan gula pasir, daun pandan, kacau-kacau rata.
2. Masukkan susu cair/santan, kacau-kacau, masukkan tepung kastad kemudian secubit garam. Kacau-kacau sebati sehingga mendidih (sentiasa dikacau).
3. Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Satu untuk bahagian putih dan satu lagi warnakan hijau.
4. Basahkan acuan seriayu, tuangkan yang warna putih separuh acuan/agak-agak, biarkan sedikit beku.
5. Tuangkan adunan agar-agar yang warna hijau sehingga penuh acuan. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Dah keras/sejuk, bolehlah dikeluarkan puding dari acuan. Sedap dinikmati puding ini sejuk-sejuk...
No comments:
Post a Comment