KEK PISANG

Tuesday, January 24, 2017

AYAM MASAK BUTTER YANG SANGAT SEDAP...









AYAM MASAK BUTTER
rujukan  :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

2  keping  ayam thighs (boneless) -  potong kecil  (saya guna 1/2 ekor ayam, potong kecil)
2  sudu besar  butter
1  sudu besar  cili merah  -  dicincang
2  biji  cili padi  -  dicincang
1  pelepah  daun kari
Beberapa keping cheesedale  (saya guna 3 keping)
230  ml  susu cair  -  ikut kepekatan yang disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr  (optional)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya


Bahan Perap :

1  sudu teh  garam
1/2  sudu besar  gula
2  sudu teh  serbuk kari
1  sudu besar  tepung gandum
1  biji  telur


Cara Memasak :

1.  Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.  Kemudian masak ayam sehingga kekuningan di dalam non-stick pan.  Angkat dan ketepikan.

2.  Panaskan kuali dengan butter.  Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.  Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih.  Masukkan pula cheese.  Kacau sebati.

3.  Masukkan serbuk perasa ayam Knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

4.  Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur/bersalut pada ayam akan memekatkan kuahnya.  (Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula)...





No comments:

Post a Comment