Friday, January 13, 2017
PAI EPAL GORENG...
PAI EPAL GORENG
sumber : Majalah SAJI Jun 2012...
Bahan-Bahan :
4 keping puff pastry jenama KAWAN
3 biji epal hijau
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega
2 sudu besar gula perang
6 biji kismis (saya guna kranberi kering sedikit jer)
2 sudu besar gula aising - untuk hiasan (tak letak)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Potong epal pada bentuk kiub kecil. Jika suka boleh dikupas kulitnya.
2. Panaskan pan dan masukkan epal berserta mentega dan gula perang. Biarkan masak sehingga epal menjadi lembut.
3. Masukkan pula kismis/kranberi kering dan serbuk kulit kayu manis. Kacau rata, angkat dan biarkan sejuk.
4. Potong kepingan puff pastry pada bentuk empat segi anggaran 10 cm x 8 cm.
5. Letakkan inti epal dan lipat dan tekan kemas menggunakan garfu.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. (Saya bakar pada suhu 200'C selama 20-25 minit atau hingga kuning keemasan).
7. Taburkan gula aising menggunakan penapis sebagai hiasan jika suka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment