POPIA PISANG MENTEGA KACANG
sumber : Majalah RASA...
Bahan-Bahan :
9 keping kulit popia segera
5 sudu besar mentega kacang
3 biji pisang berangan
Gula perang secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Sedikit air
Cara-Cara :
1. Potong sebiji pisang kepada dua bahagian memanjang dan potongkan lagi menjadi dua bahagian untuk mendapatkan 4 saiz yang sama panjang.
2. Salutkan setiap kepingan pisang dengan gula perang. Ketepikan.
3. Ambil sekeping kulit popia. Sapukan 1/2 sudu makan mentega kacang di atas kulit popia dan letakkan pisang yang di salut gula tadi di atasnya kemudian gulung dengan kemas.
4. Sapukan sedikit air pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat dan tidak terbuka apabila di goreng. Ulangi hingga semua pisang habis di balut dengan kulit popia.
5. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
6. Sejukkan sedikit dan sedia dihidangkan...
Pisang Goreng...
No comments:
Post a Comment