KEK PISANG

Thursday, January 5, 2017

BUAH MELAKA...











BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
sumber  :    pelbagai...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung pulut
3  sudu besar  tepung gandum
2  keping  gula melaka  -  dipotong kiub kecil
1  cawan  kelapa muda parut yang putih atau secukupnya
sedikit garam halus
sedikit pewarna hijau jika suka

Kisar & tapis  1 1/2  cawan  air atau secukupnya bersama 4 helai daun pandan


Cara-Cara :

1.  Kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam halus, ketepikan.

2.  Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit pewarna hijau ke dalam mangkuk/bekas.

3.  Bancuh dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehinnga adunan boleh di gentel dan tidak melekat di tangan, ketepikan.

4.  Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.  Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.  Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.  Gentel bulat.

5.  Masukkan bebola tadi ke dalam air yang sedang mendidih.  Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.  Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di dalam kelapa parut tadi.


INFO  :   Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya liat semasa memakannya.  Selamat untuk kanak-kanak dan warga emas, tidak mudah lekat.  Kalau nak guna tepung pulut sepenuhnya pun boleh...

No comments:

Post a Comment