KEK PISANG

Monday, January 16, 2017

RASAM AYAM...










RASAM AYAM
Majalah SAJI Disember 2016 ; (sangat sedap)...




Bahan-Bahan :

1/4  ekor  ayam  -  potong kecil & cuci bersih, toskan
Sedikit serbuk kari
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Garam secukupnya


Bahan Kuah :

2  ulas  bawang putih  -  kisar
1  labu  bawang besar  -  kisar
1  sudu kecil  serbuk jintan putih
3  tangkai  cili kering
2  sudu kecil  pes asam jawa
1/4  kiub  pati ayam
3  cawan  air
1/2  sudu kecil  lada hitam  -  tumbuk kasar
1  sudu kecil  Italian herbs
1/4  sudu kecil  serbuk kunyit
3  tangkai  daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
Garam secukupnya


Cara Memasak :

1.  Ayam digaul dengan serbuk kari dan garam.  Kemudian goreng sehingga masak.  Angkat dan toskan.  Ketepikan.

2.  Didihkan air di dalam periuk.  Masukkan bawang putih, bawang besar yang dikisar, serbuk jintan putih, pes asam jawa, pati ayam dan serbuk kunyit.  Biarkan ia mendidih.

3.  Kemudian masukkan lada hitam, Italian herbs, cili kering dan garam secukup rasa.

4.  Akhir sekali bolehlah dimasukkan ayam yang digoreng tadi.  Sesuaikan rasa dan tutup api.

5.  Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.  Angkat dan hidangkan panas...

No comments:

Post a Comment