Thursday, January 5, 2017
SAMBAL KERING...
SAMBAL KERING TEMPE IKAN BILIS
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
6-7 keping tempe berbungkus daun
1 genggam ikan bilis nasi - rendam (yang berwarna putih halus)
2 sudu besar bawang goreng
6 biji cili merah *
4 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih * ( * dikisar halus )
2 biji limau kasturi - perah ambil jusnya (kalau limau kecil, guna 3 biji)
garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya
Cara Memasak :
1. Hiris tempe nipis kemudian goreng terendam sehingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Kemudian toskan ikan bilis, perah dan goreng sehingga garing menggunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar halus sehingga harum dan garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan gula (dalam 2 sudu makan gula atau ikut suka). Kacau rata dan bila pekat, masukkan jus limau kasturi, kacau rata.
3. Tambah tempe, ikan bilis dan bawang goreng, gaul rata dan masak sehingga kering. Sesuaikan rasa dan tutup api.
4. Hidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment