KEK PISANG

Tuesday, January 10, 2017

KUIH DADAR/KUIH KETAYAP...








KUIH DADAR/KUIH KETAYAP




Bahan Inti :  (sumber :  resipicikguani)..

1/2  biji  kelapa parut  -  ambil bahagian putih sahaja
3/4  cawan  gula merah  (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
1/2  sudu teh  garam
2  helai  daun pandan  -  disimpul
1/2  cawan  air
2  sudu makan  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Didihkan air di dalam kuali.  Masukkan gula merah, garam dan daun pandan.  Masak sehingga gula larut.

2.  Masukkan kelapa parut.  Kacau sekali sekala sehingga airnya kering.

3.  Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum.  Kacau rata.  (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

4.  Sejukkan inti sebelum digunakan.


Bahan Kulit :  (sumber :  Ilham Dapur)..

240  ml  susu segar  (saya guna susu cair)
125  ml  air
120  gm  tepung serbaguna
1  biji  telur  (saya guna gred A)
secubit garam
sedikit pewarna hijau/pes pandan


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan kulit ke dalam pengisar dan kisar sebati.

2.  Panaskan kuali non-stick (saya guna kuali saiz 8 inci), sapu sedikit mentega, jika perlu sebelum masukkan adunan menggunakan api kecil. 

3.  Tuangkan 1 senduk kecil (saya menggunakan 1/4 cawan), pegang tangkai kuali dan pusing kuali biar menjadi bentuk bulat yang nipis.  Masak sekejap dalam 1 minit, angkat dan buat sampai habis.

4.  Isikan inti secukupnya dan gulung kemas.

5.  Hidangkan...





No comments:

Post a Comment