KEK PISANG

Thursday, January 12, 2017

PENGAT PISANG & KELEDEK...










PENGAT PISANG & KELEDEK
oleh  :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1  biji  pisang tanduk  -  kupas kulit, belah 2 & dipotong-potong
2  biji  keledek saiz sederhana  -  kupas kulit & dipotong-potong
2  cawan  santan
1  ketul  gula melaka
3  sudu besar  gula pasir
1/4  cawan  biji sagu  -  dicuci bersih & toskan
2  helai  daun pandan  -  disimpul
sedikit garam


Cara-Cara :

     Masukkan santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan sedikit garam ke dalam periuk.  Masak dan kacau sekali sekala agar santan tidak pecah.  Masukkan keledek dan biji sagu, kacau hingga keledek empuk dan biji sagu menjadi jernih kemudian masukkan pisang.  Kacau sekali sekala, biarkan mendidih seketika.
Sesuaikan rasa dan tutup api.  (Jika pengat agak pekat boleh ditambah sedikit air panas, ikut kesesuaian).
Hidangkan!!!

2 comments: