Thursday, January 26, 2017
KUIH BAKAR KEMBOJA...
KUIH BAKAR KEMBOJA (AZIE KITCHEN)
Bahan-Bahan : (4 keping guna acuan kemboja)
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan jus pandan
1 cawan gula kastor atau 3/4 cawan
2 sudu besar butter - dicairkan
3 biji telur gred A/B
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan - untuk ditabur atas kuih
Cara-Cara :
1. Campurkan semua bahan dan blend/kisar sampai sebati dan tepung tidak berbintil.
2. Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. (kalau mahu elak dari adunan melekat pada acuan, penuhkan acuan dengan minyak masak. Selepas itu panaskan hingga keluar asap...betul-betul panas, kemudian tuang ke dalam bekas/keluarkan minyak itu dari acuan). Kecilkan api sekecil-kecilnya.
3. Lenser minyak atau butter pada acuan dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kemudian taburkan sedikit bijan di atasnya.
4. Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-10 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk dapatkan kulit yang agak garing. Kemudian sambung bakar kuih di dalam oven pada suhu 180'C selama 30-40 minit hingga permukaan kuih nampak keperangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment