Tuesday, January 31, 2017
SUP TELUR...
SUP TELUR
Bahan-Bahan :
5 biji telur
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji ubi kentang - dipotong kiub kecil
1 batang celery - dipotong kecil
Sedikit kobis - dihiris
Sedikit daun sup - hiris kasar
Sedikit bawang goreng - untuk tabur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan hiris (bawang merah & bawang putih) sehingga berbau harum. Apabila sudah naik bau, masukkan air secukupnya (anggaran 1 mangkuk air). Kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika.
2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang empuk/lembut.
3. Apabila ubi kentang sudah empuk/lembut, masukkan kobis dan celery, kacau dan biarkan seketika.
4. Kecilkan api untuk masukkan telur satu demi satu. Biarkan kira-kira 3 minit.
5. Masukkan sedikit garam, kacau rata.
6. Sesuaikan rasa dan tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan. Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment