KEK PISANG

Friday, January 27, 2017

KUIH BADAK BERENDAM...










KUIH BADAK BERENDAM AZIE KITCHEN





Bahan Doh :

2  cawan  tepung pulut
1 1/2  cawan  perahan air daun pandan  (saya guna air biasa & sedikit pewarna merah)
1/2  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

     Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan.


Bahan Inti :

2  cawan  kelapa parut muda
1  cawan  gula merah
1  helai  daun pandan  -  disimpul
Gula pasir, jika suka


Cara-Cara :

     Masak gula merah dan gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula larut.  Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.
     Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum di bulat-bulatkan sebesar biji guli sehingga habis.


Bahan Kuah :

2 1/2  cawan  santan
2  sudu besar  tepung beras
1/2  sudu kecil  garam
3  helai  daun pandan  -  disimpul
sedikit gula  -  jika suka

Cara-Cara :

     Campurkan semua bahan, kacau rata.  Masak di atas api sehingga sedikit likat/pekat anggaran selama 10 minit.  Tutup api dan ketepikan dulu.


Cara Penyediaan :   Ambil sedikit doh, dibulatkan kemudian dileperkan.  Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dibulatkan kembali.  Buat sehingga habis dan letakkan di atas plastik agar tidak melekat.
     Sementara itu didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih kemudian masukkan kuih yang dibulatkan tadi dan masak sehingga ianya timbul dipermukaan.  Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam bahan kuah.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment