Monday, January 2, 2017
OMELET BAYAM SOSEJ...
OMELET BAYAM SOSEJ
sumber : Majalah 'Sedap' 2012...
Bahan-Bahan :
5 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
50 ml krim pekat
50 gm keju cheddar - parut
20 helai daun bayam - atau ikut pilihan (10 gm), celur & dipotong-potong
2 ketul sosej daging - potong bulat
Minyak masak untuk sapuan kuali
Bahan Pelengkap :
30 gm mayonis
20 gm sos tomato
Cara Membuatnya :
1. Pukul ringan telur, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan krim pekat, parutan keju, bayam yang dicelur dan sosej daging. Kacau rata.
2. Panaskan kuali rata yang telah disapu minyak. Masukkan sebahagian campuran telur. Kacau-kacau sehingga berbutir kasar dan setengah masak. Lipat dua bahagian dan biarkan masak. Buat lagi untuk setengah bahagian lagi.
3. Hidangkan bersama pelengkap...
INFO : Sosej daging boleh juga digantikan dengan sosej ayam apabila suka. Sebaiknya gunakan kuali rata anti lekat supaya telur lebih mudah diterbalikkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment