Monday, January 9, 2017
SAMBAL DAGING BURGER...
SAMBAL DAGING BURGER
sumber : Majalah RASA Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
4 keping daging burger - potong empat atau ikut citarasa (saya gorengkan sedikit)
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap lemak masin
5 gm serbuk sos perang (boleh didapati di kedai bakeri)
2 ulas bawang putih - cincang halus
50 ml air
1 sudu makan mentega
1/2 biji bawang besar - cincang halus
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi. Kacau sebati.
2. Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, serbuk sos perang dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
4. Sedia dihidangkan.
INFO : Tidak perlu tambah garam. Keistimewaan : Rasa sedikit pedas, masin dan masam yang seimbang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment