DRAGON FRUIT PUDDING
sumber : ummizaihadi-homesweethome...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar
5 cawan air (saya guna 4 1/2 cawan air)
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 biji buah naga ungu - dipotong kiub kecil - asingkan sedikit untuk hiasan, jika suka
Cara-Cara :
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan susu cair, kacau sebati. Tuangkan puding ke dalam acuan/loyang yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air, tujuannya untuk memudahkan puding keluar dari acuan/loyang.
3. Biarkan puding di dalam loyang/acuan lebih kurang 3-5 minit agar hilang wap panas, kemudian barulah dimasukkan potongan buah naga untuk mengelakkan warna buah naga keluar dan akan mengubahkan warna putih puding terlalu banyak.
4. Sejukkan di dalam peti ais...
No comments:
Post a Comment