Tuesday, January 31, 2017
KUIH BOM PANDAN...
KUIH BOM PANDAN
sumber : FB/grup MAHN@Nor Fatihah...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 cawan air daun pandan - guna 2 helai daun pandan, blend dengan air & tapis
2 sudu besar gula
sedikit pewarna hijau
bijan secukupnya
Inti Kacang Hijau/Merah :
1/2 cawan kacang hijau atau merah - rendam 2 jam
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
1. Untuk Inti : Rebus kacang hijau atau merah sehingga empuk. Bila airnya dah kering sedikit, masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sehingga kacang hancur dan kering. Sejukkan dan bulat-bulatkan kecil.
2. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Sebatikan.
3. Kacau gula bersama air daun pandan hingga gula larut kemudian campurkan pewarna hijau dan tuangkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang agak lembut. Dohnya sama seperti membuat buah melaka/onde-onde. (saya tak habiskan air daun pandan, guna dalam 3/4 cawan saja).
4. Ambil sedikit adunan, leperkan dan letakkan inti. Tutup dan bulatkan.
5. Golek-golekkan atas bijan kemudian gentel lagi supaya bijan melekat kuat pada kuih.
6. Rehatkan dulu selama 1-2 jam di dalam peti sejuk baru boleh digoreng.
7. Goreng dengan minyak yang banyak dan panas menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment