Friday, January 20, 2017
MEE GORENG BASAH...
MEE GORENG BASAH
sumber : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 pek kecil mee kuning
6 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, lebihkan cili)
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Kicap secukupnya
50 gm taugeh
3 keping tauhu - potong kiub & goreng
1 ikat daun kucai
100 gm isi ayam - dihiris
3 biji telur - dipukul sedikit
3 biji limau kasturi - belah 2 setiap satu untuk hiasan, jika suka
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan berbau harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2. Setelah cili garing, masukkan isi ayam, biarkan seketika hingga ayam masak. Kemudian masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air (lebih kurang 1 cawan tetapi hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit supaya mee tidak terlembik).
3. Masukkan mee kuning, kacau rata. Tolakkan mee ke tepi kuali dan masukkan telur, biarkan sedikit keras kemudian kacau rata.
4. Masukkan tauge, kacau rata diikuti dengan tauhu goreng dan daun kucai, kacau rata. Masukkan garam secukup rasa, kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidang. Jika suka, perahkan air limau kasturi...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment