SPAGETI GORENG IKAN MASIN
sumber : Majalah SAJI September 2016...
Bahan-Bahan :
200 gm spageti - direbus & toskan
2 ulas bawang putih - hiris halus/cincang
20 gm ikan masin tenggiri - potong dadu kecil
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil emping cili@chilli flakes
Garam & lada hitam kasar
Sedikit minyak zaitun
Cara Penyediaan :
1. Goreng ikan masin sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan spageti dan ikan masin yang telah digoreng. Gaul sebati.
4. Masukkan mentega, emping cili, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul rata.
5. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment