APAM KELEDEK UNGU
rujukan : rezwati.blogspot.my
resipi asal : SecubitGaramNor67...
Bahan-Bahan : (22 biji)
1/2 cawan gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan - disimpul
2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan keledek rebus
1 sudu teh yeast Mauripan
1 sudu teh baking powder
250 ml susu cair (resipi asal menggunakan santan)
Sedikit garam halus
Cara-Cara :
1. Keledek rebus diblend/kisar bersama dengan susu cair/santan (biarkan sebentar).
2. Di dalam periuk kecil, masak gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula hancur. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
3. Di dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yeast Mauripan, baking powder dan garam, sebatikan.
4. Kemudian satukan kesemuanya ke dalam blender/pengisar dan kisarkan sebati. (Saya guna hand whisk sahaja).
5. Perapkan adunan selama 1 jam hingga naik berganda. Sapukan sedikit minyak pada acuan-acuan kecil.
6. Sementara itu panaskan air dalam periuk kukusan sehingga mendidih. Kukus kuih apam selama 15 minit menggunakan api sederhana. (Kalau menggunakan loyang besar, kukus kuih apam selama 40 minit sehingga masak sepenuhnya).
7. Apam ini boleh dimakan bersama kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam halus, jika suka. Makan macam ni pun sedap juga...
TIPS : Cara K.Nor, selepas adunan diperap selama 1 jam, masukkan ke dalam acuan-acuan kecil yang sudah disapu minyak. Isikan 3/4 penuh acuan, biarkan lagi lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi) barulah dikukus sehingga masak...
No comments:
Post a Comment