Wednesday, May 17, 2017
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
rujukan : norazlitaaziz@masamanis...
Bahan-Bahan :
1 cawan ikan bilis - disiang, cuci bersih & digoreng garing
1 sudu besar asam jawa campur air jadikan jus
1 sudu kecil garam
6-7 sudu besar gula pasir
Bahan Kisar :
1 cawan cili kering - rendam seketika
10-15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Belacan sebesar 50 sen
Cara Memasak :
Panaskan minyak. (Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat ditumis garing. Lagi satu sambal kita tahan lama).
Bila minyak dah panas, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak semula. Bila minyak dah panas, masukkan cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
Bila dah garing, masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam.
Kemudian masukkan gula. Gula letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap.
Biarkan dia mereneh sekejap. Kemudian tutup api dan biarkan sejuk.
Bila sambal sudah sejuk baru masukkan ikan bilis supaya bila makan ikan bilis masih rangup...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment