KEK PISANG

Monday, May 22, 2017

PUDING ROTI PELANGI...



 Untuk dibawa ke rumah jiran sempena majlis tahlil & sempena menyambut Ramadan
kat Beranang...




PUDING ROTI PELANGI
rujukan :    hanamemories...




Bahan-Bahan :

4  keping  roti putih
2  biji  telur gred A/B
1/2  cawan  susu pekat
170  ml  susu cair
10  gm  serbuk agar-agar
1/2  cawan  gula kastor
2  sudu besar  mentega/marjerin
3 1/2  cawan  air  (cawan biasa = 230 ml)
Pewarna merah, kuning & hijau


Cara-Cara :

1.  Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula di dalam periuk.

2.  Blend/kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan).  Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi agar-agar yang sudah di didih tadi.

3.  Masukkan mentega/marjerin dan kacau rata hingga mentega/marjerin larut sampai mendidih.  Tutup api.

4.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, masukkan pewarna pilihan dan kacau sebati.  Ambil sesenduk warna hijau dan tuangkan ditengah-tengah loyang pilihan.  Kemudian ambil pula sesenduk warna merah, tuangkan di atas warna hijau tadi.  Biarkan puding bergerak sendiri ke tepi.  Tidak perlu ratakan atau kacau.

5.  Kemudian ambil pula sesenduk warna kuning, tuangkan di atas warna merah.  Ulang semula berselang-seli sehingga habis.  Ketika membuat corak marble, hendaklah dibuat dengan cepat kerana puding ini mudah sejuk membeku.

6.  Setelah siap simpankan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dipotong dan dihidangkan...

1 comment: