DONUT KELEDEK
rujukan : Chef Sue M. Arukin ; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
3-5 biji ubi keledek (medium size) - direbus empuk & dilecek halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam halus
Bahan Salut :
2 sudu besar gula kastor halus + 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (digaul sebati)
Cara-Cara :
1. Satukan ubi keledek, tepung gandum, tepung naik sendiri, soda bikarbonate dan garam.
2. Uli adunan hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Bentukkan bulat-bulat kecil atau mengikut saiz kegemaran.
3. Goreng doh yang dibentuk tadi di dalam minyak yang banyak hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan.
4. Salutkan donut dengan bahan-bahan salut dan hidangkan...
ENJOY!!!
No comments:
Post a Comment