KEK PISANG

Sunday, May 14, 2017

BROWNIES BUAH...




 sangat sedap, moist & chocolatey...




BROWNIES BUAH
rujukan :    buku resipi Chef Fazalina...




Bahan-Bahan :

150  gm  coklat masakan  -  dipotong kecil  (saya guna jenama Bery's)
113  gm  mentega
2  sudu makan  serbuk koko
3/4  cawan  gula kastor  (resipi asal 1 cawan - saya kurangkan sebab terlalu manis)
1  sudu teh  esen vanilla 
3  biji  telur  (saya guna gred A)
95  gm  tepung gandum
1/4  sudu teh  garam
3/4  cawan  buah-buahan campuran


Cara-Cara :

1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.  Griskan mentega di dalam loyang berukuran 8"x 8".  Alaskan kertas baking.  (saya guna brownie pan).

2.  Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah double boiling.  Angkat dan ketepikan.

3.  Masukkan serbuk koko dan gula kastor ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi.  Kacau sebati.

4.  Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla.  Kacau lagi.

5.  Akhir sekali masukkan tepung, garam dan buah-buahan campuran ke dalam adunan coklat itu dan kacau sebati.  (NOTA :  Jangan terlebih kacau kerana brownies tidak perlu gebu).

6.  Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang yang telah disediakan dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak.

7.  Sejukkan sebelum dipotong...




Mango Strawberry Smoothie

No comments:

Post a Comment