ROTI JALA
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur gred A/B
1 sudu teh garam halus
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titik pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga semuanya sebati. Perapkan selama 1/2 jam.
2. Sediakan kuali leper non-stick dan panaskan dengan api sederhana.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala. Kirai adunan di atas kuali tersebut.
4. Biarkan hingga roti jala masak, angkat dan gulung/lipat ikut citarasa...
No comments:
Post a Comment