ONDE-ONDE@BUAH MELAKA
rujukan : CT Delima...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung pulut *
2 sudu besar tepung gandum * (* dicampur & digaul rata)
1 1/4 cawan air
Sedikit pewarna hijau
1/2 sudu kecil pandan emulco
Gula melaka - dipotong kecil-kecil (untuk inti)
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus
Cara-Cara :
1. Didihkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus kuih.
2. Dalam bekas lain, campurkan air bersama pewarna hijau dan pandan emulco, kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan pekat dan boleh digentel.
4. Ambil sedikit adunan anggaran sebesar guli, leperkan atas tapak tangan dan bubuh potongan gula melaka. Tutupkan adunan dan bentukkan bulat.
5. Rebus dalam air mendidih. Apabila kuih timbul dipermukaan, angkat dan toskan.
6. Gaul kuih bersama kelapa parut sehingga rata. Sedia dihidangkan...
TIPS : Kelapa parut digaul bersama sedikit garam dan dikukus sebentar supaya lebih sedap dan tahan lebih lama. Untuk membuat 2 warna, adunan dibahagi kepada 2 bahagian sama banyak dan letakkan pewarna pilihan...
No comments:
Post a Comment