KEK PISANG

Saturday, May 13, 2017

IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI...









IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI
rujukan :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan siakap sederhana besar
1  labu  bawang besar  -  dimayang
2  batang  serai  -  dititik
1/4  cawan  air asam jawa
Sedikit tepung jagung  -  untuk salut ikan
Garam & gula secukup rasa
Daun sup  -  hiris sebagai hiasan


Bahan Dikisar :

4  biji  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
1  inci  halia
2  batang  serai
3  sudu besar  cili kisar


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan, cuci bersih dan toskan.  Kelar-kelarkan sikit permukaannya.

2.  Lapkan dengan tisu dapur dan lumurkan sedikit garam.  Kemudian lumurkan pula dengan sedikit tepung jagung dan gorengkan terendam dalam minyak.

3.  Setelah masak, angkat dan toskan.  Ketepikan dulu.

4.  Panaskan minyak dalam 1/2 cawan dan tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga sedikit layu.  Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumiskan sehingga naik bau dan naik minyak.

5.  Masukkan serai yang dititik tadi dan gaul lagi (tambahkan sedikit air sekiranya perlu).

6.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, sesuaikan rasanya.

7.  Sekiranya sudah cukup rasanya, tutup api dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi, sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment