KEK PISANG

Wednesday, May 17, 2017

NASI LEMAK MUDAH DAN RINGKAS...






SAMBAL TUMIS IKAN BILIS




NASI LEMAK MUDAH
rujukan :    norazlitaaziz@AzlitaMasamManis...




Bahan-Bahan :

3  cawan  beras  -  cuci bersih & toskan airnya
3  cawan  air
3  sudu besar  santan KARA  (santan ini campur dengan air * kalau guna 2 cawan beras, santan letakkan 2 sudu)

1  sudu teh  halba
1  sudu teh  garam halus
3  ulas  bawang merah  -  dihiris
1  batang  serai  -  diketuk bahagian perdunya
2  inci  halia  -  dititik atau dihiris
1  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara Memasak :

Dalam periuk nasi, panaskan minyak.
Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan dan serai sehingga layu.
Bila dah layu dan naik bau, baru masukkan halba.  Halba jangan tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit.
Kemudian masukkan santan dan biarkan ia mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan beras.
Jika airnya kurang boleh ditambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda.
Tutup api, alihkan periuk ke dalam 'rice cooker' , onkan 'suisnya' dan biarkan nasi tanak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment