BADAK BERENDAM
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan Doh : (anggaran : 20 biji)
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air perahan daun pandan (saya guna 3 helai daun pandan)
1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara :
Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan. (Jika suka boleh diwarnakan ikut pilihan)
Bahan Inti :
2 cawan kelapa parut muda yang putih
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan - disimpul
Gula pasir, jika suka
Cara-Cara :
Masak gula merah dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau di atas api hingga kering. Ketepikan dan biarkan hingga sejuk sebelum di bulat-bulatkan sebesar biji guli hingga habis.
Bahan Kuah :
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan - disimpul
Sedikit gula, jika suka
Cara-Cara :
Campurkan rata semua bahan-bahan kuah, lalu dikacau di atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
Cara Penyediaan :
Ambil sedikit doh dan dibulat-bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat hingga habis dan letakkan di atas plastik supaya tidak melekat.
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak hingga ianya timbul dipermukaan (seperti membuat kuih onde-onde).
Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam kuah...
No comments:
Post a Comment