RENDANG AYAM
*** Rasanya yang pedas, sesuai dimakan bersama nasi, lemang atau ketupat...
Bahan-Bahan : (6-8 orang)
1 ekor ayam - dipotong kecil-kecil, cuci bersih & toskan
1 paket rempah rendang jenama Adabi
2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
2-3 sudu besar kerisik
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak masak
Bahan Dikisar Halus :
2 biji bawang besar
15 tangkai cili kering - direndam seketika
2 ulas bawang putih
4-5 batang serai
2 cm halia
Bahan Dimayang Halus :
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah rendang, tumis lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kacau 2-3 minit. Kemudian masukkan santan, masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat.
4. Apabila hampir pekat dan ayam telah lembut, masukkan garam, gula secukup rasa, kerisik, air asam jawa dan juga bahan yang dimayang.
5. Teruskan memasak sehingga kuah agak pekat.
TUMIS/GORENG TAUGE
No comments:
Post a Comment