PUDING KARAMEL PANDAN
rujukan : hanamemories...
Bahan-Bahan :
5 biji telur gred B (jika gred A guna 4 biji)
1 tin susu cair (400 ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pandan emulco (tambahan)
Bahan Karamel :
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
Cara-Cara :
1. Sediakan karamel@gula hangus : Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan sehingga keperangan kemudian tuangkan terus ke dalam loyang bersaiz 7"/8" bulat. Sejukkan. (saya guna 6 acuan bulat bersaiz 4 inci).
2. Di dalam mangkuk, satukan kesemua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati saja. Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
3. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dengan kaedah 'water-bath'@bain marie (letakkan air panas di dalam loyang). Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50 minit pada suhu 180'C.
4. Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment