KEK PISANG

Monday, May 8, 2017

TELUR GORENG MASAK KICAP...









TELUR GORENG MASAK KICAP
rujukan :    SAJI 2008  (Edisi Pra Ramadan)...



Bahan-Bahan :

5  biji  telur ayam  -  digoreng mata kerbau satu persatu
1  biji  tomato  -  dipotong ikut citarasa
8  ulas  bawang merah *
8  ulas  bawang putih *
2  cm  halia *
5  biji  cili padi *  (* dihiris)
2  sudu makan  sos tiram
2  sudu makan  kicap cair
1  sudu makan  kicap pekat
1  sudu makan  sos cili
1  sudu teh  gula
60  ml  air
Sedikit garam dan gula sebagai perasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk taburan
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
2.  Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
3.  Gaul mesra dan biarkan mendidih.  Masukkan tomato, biarkan seketika hingga tomato agak layu.
4.  Kemudian masukkan telur yang telah digoreng dan gaul mesra.
5.  Taburkan dengan hirisan daun bawang (jika suka).
6.  Sedia untuk dinikmati...

No comments:

Post a Comment