Sunday, May 21, 2017
SPAGETI GORENG IKAN MASIN...
SPAGETI GORENG IKAN MASIN
Bahan-Bahan :
1/2 paket spageti - rebus hingga lembut & toskan
1 keping tauhu - potong dadu & digoreng
2 ulas bawang putih - dicincang atau dihiris halus
30 gm ikan masin tenggiri atau secukupnya - potong dadu kecil
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil emping cili@cili flakes
1 biji telur - goreng dadar & dihiris - untuk taburan
Daun kucai secukupnya - dipotong anggaran 1 inci
Sedikit taugeh atau secukupnya
Garam dan lada hitam@kasar atau serbuk secukupnya
Sedikit minyak zaitun atau minyak jagung
Cara-Cara :
1. Goreng ikan masin sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Begitu juga dengan tauhu, digoreng garing dan ketepikan.
3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung, tumis bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan spageti dan ikan masin yang telah digoreng. Gaul sebati.
5. Masukkan taugeh, daun kucai dan tauhu yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap dan sebati.
6. Masukkan mentega, emping cili, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul rata.
7. Sesuaikan rasanya. Hidangkan dengan taburan hirisan telur dadar...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment