KEK PISANG

Wednesday, May 3, 2017

SINGGANG LENGKUAS IKAN SELAR...










SINGGANG LENGKUAS IKAN SELAR
rujukan :    Majalah SAJI September 2016...




Bahan-Bahan :

6  ekor  ikan selar  -  siang & cuci bersih
7  tangkai  cili padi
1  tangkai  cili merah  -  belah dua tanpa putus
1  batang  serai  -  dititik
1  biji  buah keras *
1  cm  kunyit hidup * (* ditumbuk lumat)
1  helai  daun kunyit  -  disiat
3  ulas  bawang putih  -  mayang
3  cm  lengkuas  -  mayang halus
2  cm  kunyit hidup  -  mayang halus
5  keping  asam gelugur
5  cawan  air
Garam


Cara Memasak :

1.  Buah keras dan kunyit hidup ditumbuk lumat.  Masukkan ke dalam periuk.
2.  Masukkan cili padi, cili merah, serai, daun kunyit, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup.
3.  Masukkan air secukupnya lalu renehkan sehingga mendidih.
4.  Kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa.
5.  Apabila ikan telah masak, angkat dan hidangkan...

No comments:

Post a Comment