AKOK ROTI
rujukan : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
4 biji telur gred A
100 ml santan
100 ml air
90 gm nisan kelantan/gula melaka
100 gm roti - timbang bahagian putih saja (anggaran 4 1/2 keping)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C, sapu sedikit minyak/cooking spray pada acuan muffin. Ketepikan.
2. Masak air bersama nisan/gula melaka, daun pandan sehingga nisan/gula melaka larut, menggunakan api sederhana kecil.
3. Di dalam pengisar, masukkan roti, air nisan/gula melaka dan santan, kisar sekejap sekadar roti hancur kemudian masukkan telur, esen vanilla, garam dan kisarkan sebati biar menjadi seperti berpasir halus gitu, jangan kisar sampai berkrim ye.
4. Tuangkan adunan separuh acuan dan bakar selama 35-40 minit (semasa bakar kuih akan menggelembung penuh dalam acuan).
5. Keluarkan dari acuan, terbalikkan kuih biar bahagian bawah duduk atas, maknanya yang berkedut tu rupa bawah kuih, permukaannya tidak berkedut...
No comments:
Post a Comment