BINGKA PISANG
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 sisir pisang emas masak (10-13 biji) ~ dilecek kasar
1 cawan tepung gandum *
1/2 cawan gula pasir * (resipi asal 3/4 cawan)
1 cawan santan *
1 cawan susu sejat/susu cair *
1 biji telur gred A/B *
2 sudu besar mentega * ~ cairkan dahulu, biarkan suam
Sedikit garam
Cara-Cara :
1. Blender/kisar semua bahan bertanda *.
2. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi pisang yang dilecek dan digaul rata.
3. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8 inci persegi yang telah dilenser dengan mentega.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau lebih untuk mendapatkan kerak yang menarik.
5. Sejukkan sepenuhnya, barulah dipotong menggunakan pisau plastik, masukkan ke dalam peti sejuk lagi sedap...
INFO : Kuih bingka ini agak lembik walaupun telah disejukkan sepenuhnya. Agak susah juga untuk memotongnya. Jadi sebaiknya dimasukkan ke dalam peti sejuk dulu agar memudah untuk memotongnya nanti, walau bagaimanapun kuih bingka ini sangat sedap...
No comments:
Post a Comment