PUDING KARAMEL
rujukan : dapur.ibucergas.com
Bahan Lapisan Gula Karamel :
60 gm gula pasir
1 sudu besar air
Bahan Puding Telur :
4 biji telur gred A
500 gm susu segar@susu dalam kotak & bukan susu tepung
70 gm gula kastor
Sedikit esen vanilla (untuk mengelakkan bau hanyir dari telur)
Cara-Cara :
1. Masukkan gula pasir dalam loyang 6 inci bulat. Letakkan di atas api kecil di atas dapur.
2. Bila gula dan cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel merata ke setiap sudut loyang.
3. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. Biarkan seketika. Sementara itu kita sediakan pudingnya.
4. Untuk lapisan puding telur, campurkan kesemua bahan dan pukul rata. Tidak perlu dipukul sampai kembang sebab kita tak nak angin di dalam adunan.
5. Kemudian tapiskan supaya puding yang diperolehi licin. Masukkan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
6. Kukus selama 45 minit atau 1 jam@jika gunakan kaedah 'bain-marie'. Bakar pada suhu 170'C menggunakan api atas bawah.
INFO : Sangat-sangat disarankan untuk menggunakan teknik 'bain-marie'. Jika kukus didapati banyak lubang-lubang dan tidak cantik licin. Kemungkinan suhu terlalu tinggi jika kukus...
No comments:
Post a Comment