KEK PISANG SEDAP
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
4-5 biji pisang emas ~ dilecek (saya guna 5 biji)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A/B
Bahan Ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan Lain :
1 sudu besar jus limau nipis (tak letak), optional
1 sudu teh esen vanilla atau esen pisang
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Lenser sedikit mentega pada loyang 'loaf pan' dan dialas dengan baking paper. Ketepikan.
2. Pukul gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit atau sehingga kelihatan putih. Masukkan pisang yang dilecek tadi dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanilla atau esen pisang, jus limau (jika guna) dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
INFO : Apabila permukaan atas telah kelihatan perang, kurangkan suhu ke 150'C teruskan membakar.
No comments:
Post a Comment