Saya buat 1/2 dari resipi dibawah menggunakan loyang 8 inci bulat...
sangat sedap...
TALAM SUJI
rujukan : Surianti Ramli
Bahan Lapisan Bawah :
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum (3 sudu besar)
2 biji telur (saya guna gred A)
Pewarna lemon yellow secukupnya
120 gm gula pasir
750 ml santan cair (3 1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam halus
Bahan Lapisan Atas :
2 biji telur gred A
700 ml santan pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu teh garam halus
150 gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
80 gm gula pasir (1/4 cawan)
200 gm gula melaka (saya guna gula siam)
1 sudu teh coklat emulco
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana sehingga kental/likat. Masukkan ke dalam loyang berukuran 10"x10"x3" yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka kemudian kisarkan bersama bahan lapisan atas. Tapiskan ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap (anggaran 3-5 minit).
3. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi (cakar dahulu permukaan lapisan bawah sebelum dituangkan adunan lapisan atas), tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya...
No comments:
Post a Comment