BINGKA BERLAUK
rujukan : Chef Hanieliza...
Bahan Bancuhan Tepung :
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan ataupun
(1 cawan susu cair tambah 2 cawan air)
1 sudu kecil garam
2 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar cheddar cheese ~ diparut
Bahan Inti & Hiasan :
200 gm daging kisar ataupun cincang
2 biji kentang ~ dipotong dadu
1 batang kecil lobak merah ~ dipotong dadu
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar minyak
Garam secukupnya
1 pokok daun bawang ~ dihiris (tak letak, tiada stok)
5 tangkai daun sup ~ dihiris (tak letak, tiada stok)
2 biji cili merah ~ dihiris
Cara Membuat Bancuhan Tepung :
1. Kacau semua bahan kecuali cheddar cheese dan tapiskan ke dalam loyang bersaiz 8x8 inci yang disapukan marjerin. Taburkan cheddar cheese.
2. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180'C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yang disediakan dan bakar lagi selama 30 minit ataupun sehingga masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang, daun sup dan cili merah yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Membuat Inti : (sediakan ini dulu)
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging kisar. Kacau rata dan masukkan rempah kari. Kemudian kacau rata sekali lagi. Masukkan sedikit air jika perlu.
3. Masukkan kentang, lobak merah dan garam. Masakkan kentang dan lobak merah hingga lembut dan kering.
4. Angkat dan sejukkan...
INFO : Boleh gantikan daging dengan hiris.an ayam..
No comments:
Post a Comment