BEBOLA KELAPA SALJU
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 cawan menteha (250 gm) ~ lembutkan
2/3 cawan gula aising ~ diayak
1/4 sudu teh garam halus
2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut kering
1 1/2 cawan gula aising ~ diayak, untuk disalut pada biskut
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C, lapik/alas loyang dengan kertas kek/baking dan ketepikan seketika.
2. Putar mentega bersama gula aising dan garam halus sehingga berkrim. Masukkan pula esen vanilla, tepung jagung dan kelapa parut kering sambil diputar lagi.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau dengan spatula/senduk kayu sehingga bercampur. Jika adunan agak lembik, boleh dimasukkan sebentar ke dalam peti sejuk agar mudah dibentuk.
4. Ambil 1 sudu besar adunan, bentukkan bulat dan atur/susun di dalam loyang yang dilapik/dialas kertas kek/baking. Bakar dalam/selama 16-18 minit atau sehingga dibawah biskut kelihatan keperangan.
5. Bila biskut telah masak dan masih suam golekkan ke dalam gula aising dan pindahkan ke atas redai. Setelah biskut sejuk sepenuhnya, golekkan sekali lagi ke dalam gula aising untuk salutan yang sekata dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment