KEK PISANG

Sunday, June 18, 2017

BISKUT SUJI CRYSTAL...










BISKUT SUJI CRYSTAL
rujukan :    Chef Asma & citarasawan...




Bahan A :   (66 pcs)

250  gm  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *
1  sudu teh  soda bikarbonate *  (* diayak bersama )


Bahan B :

125  gm  gula aising  ~  diayak
1/8  sudu teh  garam halus
100  gm  badam kisar  ~  dipanggang anggaran 5-10 minit
1/2  sudu teh  esen vanilla
200  gm  minyak sapi  ~  cairkan & sejukkan


Pewarna :  merah, hijau & kuning
Hiasan :  gula kastor secukupnya


Cara-Cara :

1.  Satukan Bahan A dan Bahan B kecuali pewarna.  Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 20 minit atau lebih.

2.  Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan 3 jenis pewarna berlainan secukupnya.

3.  Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap doh.

4.  Bulat-bulatkan doh dan susun di dalam loyang pembakar.  Panaskan ketuhar.  Bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit atau sehingga sedikit keperangan.

5.  Biarkan sejuk atau sedikit suam dan salutkan dengan gula kastor dan masukkan di dalam cawan kertas.  Simpan di dalam bekas kedap udara...

No comments:

Post a Comment