KEK PISANG

Monday, June 5, 2017

APAM GULA HANGUS...




 untuk 1/2 resipi ni menghasilkan :  11 biji...




APAM GULA HANGUS
rujukan 1 :    Potret Kasih...
rujukan 2 :    Azie Kitchen...



Bahan Gula Hangus :

1  cawan  gula pasir
1  cawan  air panas


Bahan Untuk Apam :

2  biji  telur  (saya guna gred A)
1/2  cawan  minyak masak
2  sudu besar  marjerin/butter
2  sudu besar  susu pekat manis
1  sudu teh  soda bikarbonate
1 1/2  cawan  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Gula pasir dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air panas biarkan larut dan disejukkan.

2.  Di dalam blender, masukkan telur, susu pekat, minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit.

3.  Masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonate dan dikisarkan lagi.

4.  Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

5.  Kukuskan adunan di dalam loyang pilihan yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

6.  Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil dan kukus dalam 15 minit sahaja.

7.  Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.  

8.  Enak dihidangkan bersama kelapa parut putih atau enak juga dimakan begitu sahaja...

1 comment: